Apa
itu Kadazan_Dusun dan bagaimanakah cara hidup mereka, adat resam dan
perkahwinan, jenis perayaan dan makanan utama mereka???
Kaum Kadazan-Dusun merupakan
nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah.
Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum
etnik Kadazan-Dusun menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai
kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya.
Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun
Kimaragang,
Dusun, Rungus,Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan
satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat
seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan
juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi
yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta
menangkap ikan sungai.
Kebanyakan
orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam
manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang
Sungai beragama Islam dan Kristian. Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami
rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil
lain.
PERAYAAN KADAZAN-DUSUN
PERAYAAN KADAZAN-DUSUN
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun
sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua
kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan
ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah ratu cantik
atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"
Pesta
Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazan-dusun.
Kadazan percaya kepada makhluk halus. Menurut kepercayaan Kadazan, semangat
padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek
Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan
berkuasa sumber kepada kewujudan. Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah
mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan
alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa.
Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau
Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.
MAKANAN
TRADISIONAL
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan
kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak
halal) dan Sup
Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan
dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.
TARIAN TRADISIONAL
Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi
pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan
menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan
mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat menonton dan
memilih bakal menantu yang berpotensi.
Irama Sumazau adalah
perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang. Biasanya
Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.
PAKAIAN
TRADISIONAL
·
Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan
Penampang
**Baju ini selalunya menggunakan kain
hitam yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai.
ADAT
RESAM SUKU KAUM KADAZAN-DUSUN
Kepercayaan suku kaum
Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun.
Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan telah
mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia. Oleh
itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek
moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan
Humabot.
Upacara Momohizan
Upacara
Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi
selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan
memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan
padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara
momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan
berada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan