ADAT
PERKAHWINAN SUKU KAUM BUGIS DI SABAH
Masyarakat melayu yang beragama islam akan
mengadakan adat merisik dan meminang. Bagi adat bugis tiada
adat pertunangan. Bagi mereka yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu
bapa beranggapan bahawa pertunagan boleh menimbulkan fitnah dan syak
di kalangan masyarakat. Hal ini timbul kerana tempoh pertunangan yang lama
memungkinkan fitnah dan syak wasangka. Walau begitu terdapat majlis yang
menyerupai adat bertunang tetapi masyarakat bugis tidak menganggapnya adat
bertunang. Majlis ini digelar “Mapendrek doik” yang membawa maksuk
naik duit (wang hantaran).
Mapendrek doik atau naik duit (wang hantaran)
dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan
semasa meminang. Sebilangan besar di keluarga pihak perempuan akan menerima
kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa
dulang hantaran diberikan ketka majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar
simbolik sahaja kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepda pihak perempuan
untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan.
UNDANGAN
PERKAHWINAN
Sudah menjadi kebiasaan kaum bugis mengundang
orang ramai menggunakan khidmat dua orang wanita untuk “mappiseng” atau erti
kata lain memanggil. Mappiseng adalah cara yang menjad
kebiasaan kaum bugis, dengan membawa dulang yang berisi rokok atau gula-gula
dibalut dengan kain. Walau bagaimanapun, alternatif lain seperti jemputan
dengan mengagihkan kad jemputan, Mappiseng masih diamalkan sehingga
hari ini.
MALAM
MAPPACI :
Malam mappaci atau lebih dikenali sebagai malam
berinai.Dilakukan pada malam sebelum hari nikah keesokkan hari nya.Hanya
dilakukan di rumah pengantin perempuan dan malam mappaci adalah malam untuk
pengantin perempuan sahaja.
Pelamin adat
bugis
Rangka
diperbuat daripada buluh dan dihias dengan kain berwarna-warni..
meriahnya
Upacara mappaci atau malam berinai
dijalankan
MAJLIS PERSANDINGAN
:
Majlis
persandingan sepertinya sudah menjadi kemestian bagi suku kaum bugis.Majlis
Tidak dibiarkan hambar kerana kemeriahan penting bagi suku kaum ini. Pihak
pengantin lelaki juga akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum
tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah
majlis naik duit. Selepas majlis ini, kemeriahan di rumah kedua-dua mempelai
akan berterusan dan ramai keluarga dari jauh yang akan datang terutama dari
Sulawesi.Kedatangan kaum kerabat mereka akan meriuhkan suasana perkahwinan
tersebut. Perkahwinan/persandingan
selalunya akan diadakn di luar rumah. Sarapo atau khemah kahwin adalah
tempat dimana persandingan ini akan diadakan. Sarapo diperbuat dari
bambu yang didirikan menjadi sebuah khemah yang besar. Proses membina sarapo
ini selalu nya akan dibuat seminggu sebelum majlis. Dan akan diusahakn oleh
ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Semangat kekitaan sangat dititikberatkann dalam
kaum bugis. Segala kerja dilakukan bersama-sama. Di bahagian dapur juga
begitu,segala aktiviti masak memasak akan dilaksanakan sesama mereka
sangat-sangat bekerjasama.
Tempayan
atau aper (TEMPAT SOLO) .Tetamu akan memasukkan sumbangan berupa duit atau pun
cek yang boleh di cash kan kedalam tempayan ini.tempayan ini diletakkan di atas
pelamin.Selepas itu tetamu akan bersalaman dengan pengantin , makan sambil
berhibur dan akan pulang.
KESENIAN
SUKU KAUM BUGIS
Suku kaum bugis tidak mempunyai banyak jenis
tarian tetapi suku kaum bugis mempunyai kesenian yang tersendiri. Salah satu
alat musik petik tradisional Sulawesi Selatan khususnya suku Bugis, Bugis
Makassar dan Bugis Mandar. Menurut sejarahnya kecapi ditemukan atau diciptakan
oleh seorang pelaut, sehingga bentuknya menyerupai perahu yang memiliki dua
dawai, diambil karena penemuannya dari tali layar perahu.
Alat
yang digunakan untuk kecapi
MAKANAN
TRADISIONAL SUKU KAUM BUGIS
Suku kaum bugis mempunyai kepelbagaian jenis
makanan tradisional mereka. Antara jenis-jenis makanan tradisional kaum bugis
ialah :-
i.
Barongko
- barongko adalah makanan tertutup khas suku kaum bugis yang dibuat dari pisang Kepok Matang yang dikukus dgn daun pisang. Barongko merupakan makana penutup yang mewah dan hanya disajikan untuk raja-raja seperti acara perkahwinan dan lain-lain. Untuk menambah citarasa dan selera, bahan untuk mnyiapkan biasanya ditambah dengan irisan buah Nangka atau kelapa muda. Dibawah adalah gambar berongko.
i.
Es pisang ijo
- terbuat dari pisang raja dan dibungkus dengan tepung terigu yang sudah diberi santan dan air daun pandan sebagai pewarna dang pengharum sehingga bewarna hijau, disajikan dengan kuah yang diberi ais serut dan sirap
i.
Buras
- buras ialah sejenis makanan suku kaum tradisional berupa nasi kukus yang bersantan yang dibungkus dengan daun pisang. Burass juga dikenali sebagai burasak tapi burasak bukanlah tumbuk. Buras ini kebiasaannya dihidangkan pada Hari Puasa dan Hari Raya Haji kerana makanan ini menjadi makanan utama di musim perayaan bagi kaum bugis. Buras ini disajikan dengan ayam masak likku, bejabuk dan ayam masak merah.
Makanan tradisional bugis “BURAS”
CARA
PENYEDIAAN :
CARA MEMBUNGKUSNYA
CARA MENGIKAT BURAS
CARA MEMEMASAK BURAS
:
Rebus buras selama 1-3jam (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar dikayu api yang marak). Bila sudah masak, keluarkan, biar sejuk dahulu dan selepas itu hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas.
i.
Putu
- Putu, kuih/makanan tau Ogie' ini
diperbuat dari tepung beras yang dikukus dalam acuan khusus (dicampur parutan
kelapa), rasanya enak bila dihidangkan panas-panas dengan sambal pedas.
i.
Katirisala
-
Katirisala
ialah kuih tradisonal ini bahan utamanya beras ketan hitam, gula merah dan
telur yang memilki rasa enak, manis dan khas. Dalam pembuatannya kuih ini
biasanya memiliki cetakan khusus berbentuk bundar. Kuih yang satu ini terdiri
dari dua lapisan dimana lapisan bawahnya terbuat dari beras ketan dan lapisan
atasnya terbuat dari campuran gula merah dan telur. Katirisala menjadi salah
satu jamuan tetamu di sesuatu majlis perkahwinan ataupun kenduri.
i.
Sanggara pappek
- Sanggara pappek ialah makanan
suku kaum bugis yang sangat mudah cara penyediaannya. Sanggara ini dibuat
dengan menggunakan pisang separuh tua. Selepas itu dikupas kulit pisang dan
pisang tadi digoreng setengah masak. Setelah itu, dipenyekkan sehingga menjadi
leper dan seterusnya digoreng semula sehingga garing. Selesai digoreng, saggara
pappek tadi bolehlah dihidangkan dengan sambal.
***
Suku kaum bugis mempunyai kepelbagaian
jenis makanan tradisional mereka
PAKAIAN TRADISIONAL
Sy anak bugis bone berasal dari sandakan ^_^ bngga jd anak bugis..
BalasPadamMuka kita masuk dlm ni laaa . Aduuu ya ampuun . Maluuuu nyaa ..
BalasPadamWah ..semboy jga muka ku dalam gmbar ..klau depan cermin jelek plak ..hkhk
BalasPadamhidup bugis... hihi maaf ya puang.
BalasPadam