Selasa, 17 April 2012

BUGIS

Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama. Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai ‘Bahasa Ugi’ dan mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil “aksara” Bugis. Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia. Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.

 

ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM BUGIS DI SABAH





Masyarakat melayu yang beragama islam akan mengadakan adat merisik dan meminang. Bagi adat bugis tiada adat pertunangan. Bagi mereka yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu bapa beranggapan bahawa pertunagan boleh menimbulkan fitnah dan syak di kalangan masyarakat. Hal ini timbul kerana tempoh pertunangan yang lama memungkinkan fitnah dan syak wasangka. Walau begitu terdapat majlis yang menyerupai adat bertunang tetapi masyarakat bugis tidak menganggapnya adat bertunang. Majlis ini digelar “Mapendrek doik” yang membawa maksuk naik duit (wang hantaran).
Mapendrek doik atau naik duit (wang hantaran) dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Sebilangan besar di keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima  sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran diberikan ketka majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepda pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan.

UNDANGAN PERKAHWINAN
Sudah menjadi kebiasaan kaum bugis mengundang orang ramai menggunakan khidmat dua orang wanita untuk “mappiseng” atau erti kata lain memanggil. Mappiseng adalah cara yang menjad kebiasaan kaum bugis, dengan membawa dulang yang berisi rokok atau gula-gula dibalut dengan kain. Walau bagaimanapun, alternatif lain seperti jemputan dengan mengagihkan kad jemputan, Mappiseng masih diamalkan sehingga hari ini.


MALAM MAPPACI :
Malam mappaci atau lebih dikenali sebagai malam berinai.Dilakukan pada malam sebelum hari nikah keesokkan hari nya.Hanya dilakukan di rumah pengantin perempuan dan malam mappaci adalah malam untuk pengantin perempuan sahaja.

Pelamin adat bugis
Rangka diperbuat daripada buluh dan dihias dengan kain berwarna-warni..
meriahnya


Upacara mappaci atau malam berinai dijalankan
MAJLIS PERSANDINGAN :

Majlis persandingan sepertinya sudah menjadi kemestian bagi suku kaum bugis.Majlis Tidak dibiarkan hambar kerana kemeriahan penting bagi suku kaum ini. Pihak pengantin lelaki juga akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis naik duit. Selepas majlis ini, kemeriahan di rumah kedua-dua mempelai akan berterusan dan ramai keluarga dari jauh yang akan datang terutama dari Sulawesi.Kedatangan kaum kerabat mereka akan meriuhkan suasana perkahwinan tersebut.  Perkahwinan/persandingan selalunya akan diadakn di luar rumah. Sarapo atau khemah kahwin adalah tempat dimana persandingan ini akan diadakan. Sarapo diperbuat dari bambu yang didirikan menjadi sebuah khemah yang besar. Proses membina sarapo ini selalu nya akan dibuat seminggu sebelum majlis. Dan akan diusahakn oleh ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Semangat kekitaan sangat dititikberatkann dalam kaum bugis. Segala kerja dilakukan bersama-sama. Di bahagian dapur juga begitu,segala aktiviti masak memasak akan dilaksanakan sesama mereka sangat-sangat bekerjasama.  

Tempayan atau aper (TEMPAT SOLO) .Tetamu akan memasukkan sumbangan berupa duit atau pun cek yang boleh di cash kan kedalam tempayan ini.tempayan ini diletakkan di atas pelamin.Selepas itu tetamu akan bersalaman dengan pengantin , makan sambil berhibur dan akan pulang.


KESENIAN SUKU KAUM BUGIS
Suku kaum bugis tidak mempunyai banyak jenis tarian tetapi suku kaum bugis mempunyai kesenian yang tersendiri. Salah satu alat musik petik tradisional Sulawesi Selatan khususnya suku Bugis, Bugis Makassar dan Bugis Mandar. Menurut sejarahnya kecapi ditemukan atau diciptakan oleh seorang pelaut, sehingga bentuknya menyerupai perahu yang memiliki dua dawai, diambil karena penemuannya dari tali layar perahu. 

Alat yang digunakan untuk kecapi


MAKANAN TRADISIONAL SUKU KAUM BUGIS
Suku kaum bugis mempunyai kepelbagaian jenis makanan tradisional mereka. Antara jenis-jenis makanan tradisional kaum bugis ialah :-
         i.            Barongko
- barongko adalah makanan tertutup khas suku kaum bugis yang dibuat dari pisang Kepok Matang yang dikukus dgn daun pisang. Barongko merupakan makana penutup yang mewah dan hanya disajikan untuk raja-raja seperti acara perkahwinan dan lain-lain. Untuk menambah citarasa dan selera, bahan untuk mnyiapkan biasanya ditambah dengan irisan buah Nangka atau kelapa muda. Dibawah adalah gambar berongko.



         i.            Es pisang ijo
- terbuat dari pisang raja dan dibungkus dengan tepung terigu yang sudah diberi santan dan air daun pandan sebagai pewarna dang pengharum sehingga bewarna hijau, disajikan dengan kuah yang diberi ais serut dan sirap

 


         i.            Buras
- buras ialah sejenis makanan suku kaum tradisional berupa nasi kukus yang bersantan yang dibungkus dengan daun pisang. Burass juga dikenali sebagai burasak tapi burasak bukanlah tumbuk. Buras ini kebiasaannya dihidangkan pada Hari Puasa dan Hari Raya Haji kerana makanan ini menjadi makanan utama di musim perayaan bagi kaum bugis. Buras ini disajikan dengan ayam masak likku, bejabuk dan ayam masak merah.

Makanan tradisional bugis “BURAS”

CARA PENYEDIAAN :


CARA MEMBUNGKUSNYA

 















CARA MENGIKAT BURAS



CARA MEMEMASAK BURAS :
Rebus buras selama 1-3jam (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar dikayu api yang marak). Bila sudah masak, keluarkan, biar sejuk dahulu dan selepas itu hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas.

        i.            Putu
- Putu, kuih/makanan tau Ogie' ini diperbuat dari tepung beras yang dikukus dalam acuan khusus (dicampur parutan kelapa), rasanya enak bila dihidangkan panas-panas dengan sambal pedas.




         i.            Katirisala
-  Katirisala ialah kuih tradisonal ini bahan utamanya beras ketan hitam, gula merah dan telur yang memilki rasa enak, manis dan khas. Dalam pembuatannya kuih ini biasanya memiliki cetakan khusus berbentuk bundar. Kuih yang satu ini terdiri dari dua lapisan dimana lapisan bawahnya terbuat dari beras ketan dan lapisan atasnya terbuat dari campuran gula merah dan telur. Katirisala menjadi salah satu jamuan tetamu di sesuatu majlis perkahwinan ataupun kenduri.


         i.            Sanggara pappek
- Sanggara pappek ialah makanan suku kaum bugis yang sangat mudah cara penyediaannya. Sanggara ini dibuat dengan menggunakan pisang separuh tua. Selepas itu dikupas kulit pisang dan pisang tadi digoreng setengah masak. Setelah itu, dipenyekkan sehingga menjadi leper dan seterusnya digoreng semula sehingga garing. Selesai digoreng, saggara pappek tadi bolehlah dihidangkan dengan sambal.


*** Suku kaum bugis mempunyai kepelbagaian jenis makanan tradisional mereka


PAKAIAN TRADISIONAL





MURUT


Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah. Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai dan juga menjalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).
Perkataan “Murut” di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku Dusun. Kaum Murut juga,merupakan suku kaum yang tertua di Sabah yang datang dari Annam,Indo-China dan kepulauan Filipina. Mengikut Porllard,istilah Murut beasal dari akar kata “purut” iaitu “berian” atau “hantaran mas kahwin.” Kebiasaannya, kaum Murut terdapat di Sabah serta di wilayah perbatasan Kalimantan dan Sarawak. Kaum murut ini merupakan suku etnik ketiga terbesar di sabah. Selain itu, kaum Murut juga mendiami di rumah panjang yang berhampiran di tepi sungai. Kaum Murut menganut agama Islam dan sebahagian lagi menganut agama Kristian.



ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM MURUT
Perkahwinan orang Murut akan diadakan seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Selain itu, mas kahwin yang biasa akan diminta oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah iaitu 2 ekor kerbau, 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan pula, kaum Murut menjalankan majlis perkahwinan selama lima hari berturut-turut. Dalam tempoh lima hari perkahwinan tersebut, tiga hari akan berlangsung di rumah pengantin perempuan dan dua hari di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan dihiasi dengan cantik dan menggunakan pakaian kaum Murut asli pada hari perkahwinan. Pengantin perempuan tersebut akan dihias oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai “tambuloi.” Pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik dan akan diberi air tapai yang disukainya. Oleh yang demikian, dalam tempoh tiga hari tersebut, tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak di rumah pengantin perempuan. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setelah tamat tempoh tiga hari tersebut, mereka akan bergerak ke rumah pengantin lelaki dan pukulan “egal” iaitu pukulan gong akan didendangkan bagi menandakan selamat jalan kepada keluarga pengantin perempuan. Setelah berada seminggu di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan boleh menziarahi ibu bapa dengan kebenaran suami dan mertuanya. Setelah sebulan perkahwinan,kedua- dua pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan selama empat hari dan kehadiran mereka akan diraikan serta disajikan air tapai. Setelah tamat tempoh empat hari tersebut, mereka berdua akan balik ke rumah pengantin lelaki semula untuk menetap di sana buat selama-lamanya.

PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM MURUT
Bagi pakaian Adat suku kaum Murut, lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.


BAJU TRADISIONAL MURUT LELAKI DAN PEREMPUAN


 
PERAYAAN YANG DIRAIKAN OLEH SUKU KAUM MURUT
PERAYAAN MANSISIA
Perayaan Mansisia dikenali Hari Pesta Menuai dalam bahasa Murut iaitu "OROU NAPANGAAN NANANTAB".  Walau bagaimanapun nama sebenar perayaan selepas menuai bagi suku kaum Murut adalah "Mansisia". Sebelum perayaan tersebut diadakan, setiap keluarga akan menyumbangkan beras hasil dari titik peluh mereka kepada Ketua Masyarakat (Penghulu). Beras akan dimasak samada dibuat tapai atau untuk nasi. Selain itu,mereka juga akan menyumbangkan wang untuk membeli lauk-pauk semasa perayaan. Setelah hari Mansisia menjelang, semua penduduk kampung akan menghadiri jamuan makan/minum di Tulus (Rumah Panjang) atau di Rumah Ketua Masyarakat jika kampung berkenaan tidak mempunyai "Tulus". Salah satu acara rasmi yang akan berlangsung dalam perayaan tersebut adalah meminum tapai yang dipanggil "Pansisiaan". 


TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM MURUT
Tarian Lansaran
Tarian lansaran merupakan tarian yang amat terkenal dalam suku kaum Murut. Kebiasaannya, tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi. Lokasi lantai khas terletak di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring". Dalam tarian ini terdapat sekumpulan penari lelaki dan perempuan. Kaum perempuan akan memakai pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni. Bagi kaum lelaki mereka akan memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Dalam tarian ini, penari akan membuat satu bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran.


CONTOH PERGERAKAN TARIAN LANSARAN