Selasa, 17 April 2012

MURUT


Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah. Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai dan juga menjalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).
Perkataan “Murut” di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku Dusun. Kaum Murut juga,merupakan suku kaum yang tertua di Sabah yang datang dari Annam,Indo-China dan kepulauan Filipina. Mengikut Porllard,istilah Murut beasal dari akar kata “purut” iaitu “berian” atau “hantaran mas kahwin.” Kebiasaannya, kaum Murut terdapat di Sabah serta di wilayah perbatasan Kalimantan dan Sarawak. Kaum murut ini merupakan suku etnik ketiga terbesar di sabah. Selain itu, kaum Murut juga mendiami di rumah panjang yang berhampiran di tepi sungai. Kaum Murut menganut agama Islam dan sebahagian lagi menganut agama Kristian.



ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM MURUT
Perkahwinan orang Murut akan diadakan seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Selain itu, mas kahwin yang biasa akan diminta oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah iaitu 2 ekor kerbau, 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan pula, kaum Murut menjalankan majlis perkahwinan selama lima hari berturut-turut. Dalam tempoh lima hari perkahwinan tersebut, tiga hari akan berlangsung di rumah pengantin perempuan dan dua hari di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan dihiasi dengan cantik dan menggunakan pakaian kaum Murut asli pada hari perkahwinan. Pengantin perempuan tersebut akan dihias oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai “tambuloi.” Pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik dan akan diberi air tapai yang disukainya. Oleh yang demikian, dalam tempoh tiga hari tersebut, tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak di rumah pengantin perempuan. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setelah tamat tempoh tiga hari tersebut, mereka akan bergerak ke rumah pengantin lelaki dan pukulan “egal” iaitu pukulan gong akan didendangkan bagi menandakan selamat jalan kepada keluarga pengantin perempuan. Setelah berada seminggu di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan boleh menziarahi ibu bapa dengan kebenaran suami dan mertuanya. Setelah sebulan perkahwinan,kedua- dua pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan selama empat hari dan kehadiran mereka akan diraikan serta disajikan air tapai. Setelah tamat tempoh empat hari tersebut, mereka berdua akan balik ke rumah pengantin lelaki semula untuk menetap di sana buat selama-lamanya.

PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM MURUT
Bagi pakaian Adat suku kaum Murut, lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.


BAJU TRADISIONAL MURUT LELAKI DAN PEREMPUAN


 
PERAYAAN YANG DIRAIKAN OLEH SUKU KAUM MURUT
PERAYAAN MANSISIA
Perayaan Mansisia dikenali Hari Pesta Menuai dalam bahasa Murut iaitu "OROU NAPANGAAN NANANTAB".  Walau bagaimanapun nama sebenar perayaan selepas menuai bagi suku kaum Murut adalah "Mansisia". Sebelum perayaan tersebut diadakan, setiap keluarga akan menyumbangkan beras hasil dari titik peluh mereka kepada Ketua Masyarakat (Penghulu). Beras akan dimasak samada dibuat tapai atau untuk nasi. Selain itu,mereka juga akan menyumbangkan wang untuk membeli lauk-pauk semasa perayaan. Setelah hari Mansisia menjelang, semua penduduk kampung akan menghadiri jamuan makan/minum di Tulus (Rumah Panjang) atau di Rumah Ketua Masyarakat jika kampung berkenaan tidak mempunyai "Tulus". Salah satu acara rasmi yang akan berlangsung dalam perayaan tersebut adalah meminum tapai yang dipanggil "Pansisiaan". 


TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM MURUT
Tarian Lansaran
Tarian lansaran merupakan tarian yang amat terkenal dalam suku kaum Murut. Kebiasaannya, tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi. Lokasi lantai khas terletak di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring". Dalam tarian ini terdapat sekumpulan penari lelaki dan perempuan. Kaum perempuan akan memakai pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni. Bagi kaum lelaki mereka akan memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Dalam tarian ini, penari akan membuat satu bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran.


CONTOH PERGERAKAN TARIAN LANSARAN




 

2 ulasan:

  1. antara tarian tradisional sabah :)

    http://www.youtube.com/watch?v=2lAYOLMy3FM&

    BalasPadam
  2. Lucky Club Casino Site | Live Roulette, Craps, Slots
    Lucky Club Casino is a new online casino and sportsbook founded in 2017 by the renowned owner, Steve Wynn. Casino games are available 카지노사이트luckclub on the

    BalasPadam